Selasa, 20 Disember 2011

SANTAPAN ROHANI .. DOA UTK IBU DAN AYAH...


Berikan sepenuh kasih sayang kepada ibu bapa, kerana mereka adalah pemegang tali penghubung nyawa ketika kamu meningkat dewasa.... Kasih mereka terhadap anak adalah kasih daripada titisan air mata dan titik peluh yang tidak mungkin terbalas... 

Kejayaan anak-anak adalah dengan usaha dan penat lelah ibu dan ayah, serta rahmat Allah Subhanahu wata'ala....

رَبِّ اغْفِرْ لِيْ وَلِوَالِدَيَّ وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِيْ صَغِيْرًا

Ya Allah, ampunilah aku dan kedua orang tuaku, serta berilah rahmat kepada kedua-duanya, sebagaimana mereka mendidikku pada waktu kecil. Amin...

PENGURBANAN IBU MELAHIRKAN ANAK YANG HAFAZ AL QURAN....




بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْمِ
SUATU KISAH DI MESIR…. Seorang suami menceritakan bagaimana isterinya mendidik 4 orang anak2nya menghafal Al Quran… “Saya hanya orang biasa, isteri saya juga surirumah biasa… saya mempunyai 3 anak lagi yang semuanya hafal Al-Qur’an.. Anak perempuan saya yg kecil berusia 4 tahun, dan sekarang sudah menghafal juz Amma... Sebenarnya disebalik anak2 kecil itu, adalah seorang ibu yang sekuat seribu lelaki….”.. Ketika ditanya: “Bagaimana si ibu itu boleh lakukan semua itu?”...

Si suami menceritakan: “ … Ketika anak-anak itu mulai pandai bercakap, si ibu membimbing mereka menghafal Al-Qur’an dan selalu memotivasi mereka melakukan itu. Tak pernah berhenti dan tak pernah bosan. Dia selalu katakan kepada mereka, “Siapa yang hafal lebih dulu, dialah yang menentukan makan malam ini…. Siapa yang paling cepat mengulangi hafalannya, dialah yang berhak memilih ke mana kita hendak pergi bersiar – siar nanti” …. Itulah yang selalu dilakukan ibunya, sehingga tercipta semangat bersaing dan berlumba-lumba antara mereka untuk memperbanyak dan mengulang-ulang hafalan Al-Qur’an mereka,” jelas si suami memuji isterinya….

Sebuah keluarga Muslim yang biasa yang boleh melahirkan anak-anak yang luar biasa... Hanya seorang ibu yang biasa. Setiap kita dan semua ibubapa tentu bercita-cita anak-anaknya menjadi generasi yang soleh, cerdas dan bijak... Tetapi tentu perkara itu tidak mudah…. Apatah lagi membentuk anak-anak itu mencintai & mencintai Al-Qur’an, di dalam suasana persekitaran yang serba mencabar…. Memerlukan perjuangan, perlu kekuatan.. Mesti tekun & sabar melawan rasa letih dan susah tanpa kenal batas. Maka wajar jika si ayah mengatakan,”Disebalik anak ini ada seorang ibu yang kekuatannya sama dengan seribu lelaki.”

Ibu si anak cerdas ini, dia adalah lambang seorang perempuan solehah yang mewariskan kesolehannya ke dalam kehidupan rumah tangganya. Dialah contoh perempuan yang pernah diwasiatkan Rasulullah saw kepada kaum lelaki untuk mereka jadikan pendamping hidup diantara sekian banyak wanita.

Dengan menanggalkan keutamaan harta, kecantikan & keturunannya, seperti sabda Rasulullah saw,“Wanita dinikahi kerana 4 perkara : kerana hartanya, keturunannya. kecantikkannya, & agamanya. Maka pilihlah wanita yang taat beragama, nescaya engkau beruntung.” (HR.Bukhari & Muslim)...

Perempuan yang dikenalkan kepada kita dalam cerita diatas, dia sebenarnya tidak memulakan kerja kerasnya ketika anak-anaknya baru belajar bercakap. Tidak. Tetapi jauh sebelum itu, tenaganya telah ditumpahkan untuk mengakrabkan mereka dengan bacaan-bacaan Al-Qur’an semasa mereka masih janin….

Dalam keadaan kehamilannya yang berat, ibu ini hampir setiap hari selalu meluangkan waktu untuk membaca Al-Qur’an, memperdengarkannya janin yang ada dirahimnya, dalam keadaan berbaring, duduk/pun bersandar…. Perjuangan itulah yang berat tapi itu pulalah yang kemudian memudahkan lidah anak-anaknya merangkai kata demi kata dari ayat-ayat Al-Qur’an, saat mereka sebenarnya baru mulai belajar bicara….

Di Negara kita juga, ada ibu2 yang hebat… apakah kaedah yang digunakan utk melahirkan anak2 sedemikian? KREATIVITI… Ibu di atas menggunakan pendekatan BERSAING sesama anak-anak, disamping PENGURBANAN si ibu dan si bapa juga…. Kita juga boleh menggunakan pendekatan2 lain, mengikut kesesuaian kita…. IBU DAN BAPA itu mungkin telah mengenepikan program2 hiburan di TV, dan media2 lain, daripada ditonton oleh mereka dan anak2…. Ada segelintir ibubapa, merekalah yang beriya-iya sangat hendak menonton program2 di TV… INGATLAH, AKHLAK IBUBAPA ADALAH CERMINAN PERIBADI ANAK-ANAK…. Semoga kisah di atas dapat kita jadikan teladan dan pengajaran…



Jumaat, 9 Disember 2011

RENUNGAN JUMAAT


Banyak ulama berpendapat bahawa makbulnya doa yang dibaca di antara dua khutbah, iaitu ketika imam sedang duduk antara khutbah pertama dan khutbah kedua...

Ini berdasarkan hadis daripada Abu Hurairah r.a. yang bermaksud, “Pada hari Jumaat ada satu saat yang bertepatan dengan orang Islam ketika dia sedang sembahyang, di mana tatkala ia berdoa maka doanya itu akan dimakbulkan.” Dan Rasulullah s.a.w. menunjukkan isyarat tangannya yang membawa maksud sedikit sahaja waktu itu...

Abi Burdah bin Abi Musa al-Asy’ari r.a berkata bahawa beliau pernah mendengar bahawa Abdullah bin Umar r.a pernah mendengar bahawa Rasulullah s.a.w. pernah menjelaskan bahawa waktu yang paling mustajab itu adalah waktu antara imam duduk di atas mimbar sehingga solat selesai didirikan...

PERHATIAN ...Gerhana Bulan Penuh - 10 Disember 2011



Pada 10 Disember 2011 ini, kita akan dapat menyaksikan fenomena Gerhana Bulan Penuh sekali lagi. Kali terakhir rakyat Malaysia dan di rantau Asia Tenggara menyaksikan fenomena gerhana seperti ini ialah pada bulan Jun 2011 lepas. Fenomena ini akan berlaku pada waktu puncak, iaitu sebaik sahaja matahari terbenam dan berlarutan sehingga ke lewat tengah malam. Tidak seperti gerhana yang lepas, yang mana ia berlaku lewat tengah malam sehingga ke matahari terbit keesokan paginya, gerhana kali ini dijangka dapat disaksikan dengan mudah oleh orang ramai.

Fasa gerhana ini akan bermula pada jam 7.31 petang. Namun apabila bulan mula menghampiri kawasan bayang-bayang bumi yang lebih gelap, dikenali sebagai umbra, barulah kesan gelapnya mudah kelihatan, iaitu sekitar jam 8.30 malam

Bulan akan berada di dalam bayang-bayang bumi sepenuhnya (fasa gerhana penuh) pada jam 10.05 malam sehingga 10.57 malam.

Kemudian ia akan keluar sepenuhnya daripada bayang-bayang umbra pada jam 12.18 tengah malam.

Waktu setiap fasa gerhana boleh dirujuk seperti di bawah (kiraan Skymap Pro 8):

Moon enters penumbra: 2011 Dec 10 19:31:37
Moon enters umbra: 2011 Dec 10 20:45:11
Start of totality: 2011 Dec 10 22:05:29
Maximum eclipse: 2011 Dec 10 22:31:36
End of totality: 2011 Dec 10 22:57:45
Moon leaves umbra: 2011 Dec 11 00:18:04
Moon leaves penumbra: 2011 Dec 11 01:31:30

Jumlah masa Bulan bergelap di dalam bayang-bayang bumi sepenuhnya ialah selama 52 min 16 saat.

Waktu di atas merupakan waktu tempatan (Malaysia). Ia adalah sama sahaja jika anda berada di Semenanjung, Sarawak atau Sabah. Cuma yang berbeza ialah ketinggian Bulan di langit. Semakin anda berada ke arah timur Malaysia, semakin tinggi kedudukan Bulan pada satu-satu fasa gerhana itu.

Video di bawah merupakan simulasi gerhana bulan yang dibuat menggunakan perisian Stellarium.

(Jika video tidak muncul, sila klik terus ke link youtube ini)





Gambarajah 1 di bawah ialah laluan bulan ketika ia bergerak di dalam bayang-bayang umbra dan penumbra bumi. (credit to F. Espenak, NASA’s GSFC eclipse.gsfc.nasa.gov/eclipse.html)

Secara umumnya, bayang-bayang Bumi terbahagi kepada bahagian:

i. Penumbra– kawasan bayang-bayang bahagian luar, yang mana ia tidak begitu gelap dan agak sukar dilihat perbezaan warnanya apabila diamati dengan mata kasar.

ii. Umbra– kawasan bayang-bayang bahagian dalam, yang mana di sinilah kawasan yang paling gelap dan terlindung terus daripada pancaran cahaya matahari. Warnanya kemerahan kerana cahaya matahari terbias apabila ia melintasi kawasan atmosfera bumi, lalu menghasilkan cahaya kemerahan.





Gambarajah 1

Gambarajah 2, di bawah ialah peta dunia yang menunjukkan kawasan mana yang boleh lihat fenomena gerhana kali ini. (credit to F. Espenak, NASA’s GSFC eclipse.gsfc.nasa.gov/eclipse.html).

Perhatikan keseluruhan Malaysia (Semenanjung, Sabah dan Sarawak) berpeluang melihat keseluruhan fasa gerhana dari awal hingga akhir





Gambarajah 2



Jika anda terlepas gerhana kali ini, anda terpaksa menunggu sehingga 10 Okt 2014 untuk Gerhana Penuh Bulan yang boleh dilihat dari Malaysia. Itupun anda hanya dapat lihat separuh sahaja, iaitu Bulan sudahpun TAMAT fasa gerhana sepenuhnya ketika ia terbit di waktu Maghrib (di Kuala Lumpur). Gerhana Penuh seterusnya ialah 4 Apr 2015 dan itupun anda dapat lihat separuh sahaja, iaitu Bulan sedang memasuki fasa gerhana penuh ketika ia terbit.

Oleh itu jangan lepaskan peluang menyaksikan KESELURUHAN fasa Gerhana Bulan Penuh pada bulan Disember nanti.

Selamat Mencerap Gerhana!

Panduan Solat Gerhana Bulan boleh dirujuk di SINI

(sumber: Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu)

Info Bonus!

Fakta Menarik Menjelang Gerhana.

Fakta Suka-suka Menjelang Gerhana No 1:

Tidak seperti gerhana matahari, yang hanya boleh dilihat dari kawasan tertentu sahaja di dunia, Gerhana Bulan boleh dilihat dari mana-mana sahaja di sebelah malam Bumi.

Fakta Suka-suka Menjelang Gerhana No.2:

Gerhana Bulan Penuh boleh berlangsung selama beberapa jam, sedangkan gerhana matahari penuh berlangsung selama hanya beberapa minit sahaja di satu-satu tempat. Ini adalah kerana saiz bayang2 bumi (ketika gerhana bulan) lebih besar berbanding bayang2 bulan (ketika gerhana matahari)

Fakta suka-suka Menjelang Gerhana No.3:

Jika anda terlepas gerhana kali ini, anda terpaksa menunggu sehingga 10 Okt 2014 untuk Gerhana Penuh Bulan yang boleh dilihat dari Malaysia. Itupun anda hanya dapat lihat separuh sahaja, iaitu Bulan sudahpun TAMAT fasa gerhana sepenuhnya ketika ia terbit di waktu Maghrib (di Kuala Lumpur). Gerhana Penuh seterusnya ialah 4 Apr 2015 dan itupun anda dapat lihat separuh sahaja, iaitu Bulan sedang memasuki fasa gerhana penuh ketika ia terbit.

Fakta suka-suka Menjelang Gerhana No.4 :

Gerhana Bulan boleh berlaku sehingga 3 kali setahun (maksimum). Namun, adakalanya tidak ada langsung gerhana bulan berlaku dalam jangkamasa setahun. Percaya atau tidak, gerhana matahari berlaku lebih kerap, iaitu 2-5 kali setahun namun kawasan yang dapat lihat gerhana matahari penuh itu sikit sahaja (beberapa kilometer lebar sahaja), manakala gerhana bulan boleh dilihat 1/2 daripada kawasan permukaan bumi!


Fakta suka-suka Menjelang Gerhana No.5:



Semua orang tahu, Bulan akan menjadi warna kemerah-merahan apabila ia memasuki ke dalam kawasan bayang-bayang umbra bumi. Namun, kadangkala pada kawasan sempadan berwarna merah itu, warna permukaan bulan akan kelihatan seperti kebiru-biruan dan turquoise (biru kehijauan)! Ini adalah disebabkan cahaya itu sedang melalui lapisan ozon bumi (yang mana lapisan ini menyerap warna merah, dan membenarkan warna biru melepasinya).

Bilakah ketika hendak melihat warna tersebut? Cuba tinjau-tinjau beberapa minit sebelum fasa gerhana penuh bermula, dan juga beberapa minit selepas fasa gerhana penuh tamat.

(Foto oleh Eva Seidenfaden of Trier, Germany, on March 4, 2007)



Fakta suka-suka Menjelang Gerhana No.6:



Jika di Bumi kita akan mengalami gerhana bulan, berlawanan pula kisahnya jika kita berada di Bulan ketika itu. Di Bulan, kita akan mengalami gerhana matahari pula!

Lebih menarik ialah cahaya matahari tidak akan hilang sepenuhnya. Ia akan diserakkan oleh lapisan atmosfera bumi dan kelihatan kemerah-merahan.

Bumi akan kelihatan seperti satu bulatan hitam dikelilingi oleh cahaya merah, yang menandakan waktu fajar dan senja di seluruh dunia!

Cahaya merah senja dan fajar itulah yang akan jatuh ke permukaan bulan, dan menjadikannya kemerah-merahan.

(Ilustrasi menunjukkan gerhana matahari yang dilihat DARI bulan. Credit & Copyright: Hana Gartstein)


Di bawah merupakan beberapa buah foto gerhana bulan yang berjaya dirakam sebelum ini oleh ahli forum Falak Online

 
Foto by William Chin

Link ke Forum untuk foto diatas.



 
Foto by Kayzack (LNO)

 
Foto by Shahrin

 
Foto by Aziz


 
Foto by Redzuan

Foto by William

Link ke perbincangan di forum untuk foto-foto di atas

Foto by William

Foto by Aziz

 
Foto by Aziz

Foto by Shahrin

Foto by CK. Lim

Link ke perbincangan forum untuk foto-foto di atas.



Foto by Shahrin

 

Rabu, 7 Disember 2011

Perancang Peruntuhan Masjid Babri Memeluk Islam




Kisah Peruntuh Masjid Babri Memeluk Islam

BERAPA ramai di antara kita masih mengingati tragedi ummah yang berlaku pada tahun 1992? Iaitu pada tarikh 6 Disember tahun itu, Masjid Babri di Ayodhya, India tidak dapat dipertahankan dan diselamatkan apabila institusi suci umat Islam itu dimusnahkan oleh puak pelampau Hindu.

Seramai 150,000 pejuang nasionalis Hindu yang tidak dapat dihalang memusnahkan masjid itu dalam konflik berpanjangan perebutan antara Hindu dan Muslim di India.

Salah seorang pelampau Hindu atau lebih tepat, dalang untuk meruntuh dan memusnahkan Masjid itu merupakan seorang pemuda yang bernama Shive Prasad berasal dari Faisabad, iaitu daerah di mana terletaknya masjid itu.

Prasad ialah ketua sebuah parti politik Bajrang Dal yang diberi kepercayaan dan tanggungjawab ‘suci’ untuk mengetuai hampir 4,000 penduduk kampungnya, Kar Sevak bagi memastikan masjid itu akhirnya runtuh.

Tindakan melampau untuk meruntuhkan masjid purba itu telah dirancang dengan baik oleh Prasad. Beliau memberi arahan dan latihan yang secukupnya kepada para pengikutnya seramai 4,000 orang itu bagi memastikan rancangan itu berjaya.

Satu tindakan yang melanggar undang-undang apatah lagi menghormati perasaan penduduk Islam yang lain.

Sedangkan masjid itu merupakan salah sebuah masjid terbesar di negeri Uttar Preadesh, utara India dengan bilangan umat Islamnya seramai 31 juta orang.

Pada hari kejadian itu, Prasad tidak sahaja menceroboh masuk malah berjaya memanjat kubah besar masjid dan bersama pengikut-pengikut yang lain mereka berjaya menawan masjid itu. Kemudian bersorak gembira apabila mereka akhirnya berjaya meruntuhkan kubah dan keseluruhan masjid tersebut.

Mereka melaung-laungkan perkataan “Ram! Ram!” sebagai tanda kemenangan kononnya masjid itu akhirnya berjaya jatuh ke tangan pelampau Hindu.

Prasad puas hati kerana berjaya mengembalikan hak penganut Hindu yang kononnya masjid Babri itu dibina atas tapak kuil, yang dibina bagi memperingati tempat kelahiran tuhan mereka yang bernama Rama.

Menurut pemuda ini, sejak kejadian runtuhan masjid itu, Prasad dihantui perasaan bersalah sehingga begitu menekan jiwanya. Walaupun pada tangannya masjid itu akhirnya runtuh, namun ia tidak menjanjikan kedamaian berikutan beliau merasakan telah melakukan satu dosa yang amat besar.

Mungkin dengan keluar dari India, Prasad mengharap beliau tidak lagi diburu oleh perasaan bersalah itu. Lalu beliau mencari pekerjaan di Sharjah salah sebuah negara anggota Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Namun fikirannya masih tidak tenang walaupun beliau menyibukkan diri dengan pekerjaan dan suasana yang baru di negara itu.




Kuasa Allah
Sehinggalah pada 4 Disember tahun 1998, pada hari itu beliau berjalan seorang diri di sebatang jalan di bandar Sharjah. Secara tiba-tiba beliau terdengar suara khatib dari sebuah masjid berhampiran. Menariknya, khutbah itu disampaikan dalam bahasa Urdu dan beliau dapat mengikuti khutbah itu dengan jelas.


Prasad berhenti untuk mendengar khutbah itu dan alangkah terkejutnya pemuda ini apabila sang khatib menyebutkan bahawa Allah Yang Maha Berkuasa atas segala sesuatu, mampu mengubahkan hati-hati yang tidak mempercayai kewujudan-Nya selama ini.


Sejurus mendengar khutbah itu sehingga akhir, semacam satu perasaan yang tenang menyelinap masuk ke hatinya. Malah seolah-olah telah tercabut satu beban besar yang selama ini menyebabkan fikirannya menjadi begitu serabut.


Segala puji-pujian terhadap Allah yang akhirnya telah memberi hidayah dan membukakan hatinya walaupun dirinya telah melakukan kesalahan yang lazimnya sukar untuk diterima apatah lagi dapat dimaafkan.




Ya, pada tarikh 6 Disember 1999 itu, dengan kuasa Allah, Prasad memeluk Islam dan menukar namanya kepada Mohammed Mustafa.


Berita pengislaman pemuda itu disiarkan oleh Malayalam News keesokan harinya iaitu pada 7 Disember 1999 yang kemudiannya dipetik oleh Arab News Publications di Arab Saudi.


Berita itu amat mengejutkan apabila melihat sendiri latar belakang Prasad, terutama bapanya, Trigal Ramanathan merupakan Ketua Puak Sangh Parivar di mana seluruh puak itu terbabit secara aktif dalam usaha meruntuhkan Masjid Babri




Namun berita Prasad memeluk Islam itu tidak sahaja menimbulkan kemarahan keluarga. Malah akibat tidak dapat menanggung malu, Prasad akhirnya dibuang oleh keluarganya sendiri. Beliau tidak dibenarkan pulang semula ke India, kalaupun dia pulang juga maka nyawanya akan terancam.


Berita pengislaman Prasad itu juga menyebabkan parti-parti politik dan pelbagai pertubuhan Hindu yang menyokong tindakan beliau beliau meruntuhkan Masjid Babri turut marah dan mengancam untuk membunuhnya tanpa mengira masa dan tempat.




Namun tujuh tahun selepas kejadian itu, pada tarikh yang sama kejadian runtuhan Masjid Babri itu, Prasad akhirnya sujud memohon ampun kepada Allah atas ‘kejahatan’ beliau terhadap Masjid Babri itu. Malah beliau berpuasa dan menyesali sehingga mengalir air mata memohon Allah mengampuninya yang tergamak meruntuhkan rumah ibadat itu.


Walau apa pun ancamannya Prasad tetap teguhkan imannya terhadap Islam. Islam menjadikan beliau seorang manusia ‘baru’ yang dahagakan kebenaran sehinggakan dalam tempoh yang masih baru mengenal Islam beliau berjaya menghabiskan bacaan dan mempelajari 17 surah dalam al-Quran. Malah beliau bersungguh-sungguh untuk khatam kitab suci itu.


Cita-citanya kini adalah untuk berkongsi kebenaran mengenai Islam dengan orang lain termasuk ahli-ahli keluarganya sendiri.


“Kalau itu diizinkan Allah, bukan soal dosa saya akhirnya tertebus sudah.


“Tetapi sekurang-kurangnya itulah sumbangan saya terhadap Islam di samping perbuatan saya itu juga telah melukakan hati jutaan umat Islam dan saya mahukan mereka juga memaafkan saya dengan sekurang-kurangnya saya membina semula apa yang telah saya runtuhkan,” ujarnya sayu.
                                                           ASAL MASJID AL BABRI SEBELUM DIMUSNAHKAN


                                                                          MASJID YANG DICADANG BINA SEMULA


TIBA-TIBA TERJAGA DARI TIDOR....APA PILIHAN KITA?


                                                                       gambar kiasan
..''Hai orang yang berselimut...''Bangunlah utk solat di malam hari, kecuali sedikit daripadanya....iaitu seperduanya, atau kurangilah dari seperdua itu sedikit... atau lebih dari seperdua itu..''Dan bacalah Al Quran dengan perlahan-lahan...
''Sesungguhnya Kami akan menurunkan..

Saat kita tidur nyenyak di atas tilam yang begitu empuk, bilik yang berhawa dingin, dan kelam tanpa cahaya, anda terbangun tiba-tiba... Setelah mata terbuka, persekitaran diamati.. Belum subuh lagi ni, hati ''bermonolog'' sendirian... Kemudian tangan mencapai telefon bimbit melihat jam sekadar mendapatkan kepastian.

 Ini antara yang berlaku ketika tidur di malam hari... mari kita renungkan apa yang berlaku setelah kita lihat baru pukul 3 pagi...Terjaga di awal pagi adalah satu rahmat yang merupakan kurniaan Allah Siapa tahu saat Allah takdirkan kita terjaga, sebenarnya Allah menunggu untuk memakbulkan sebarang permintaan malam tersebut... 

Mulakanlah dari langkah pertama, berdoa sebaik terjaga... Malah mintalah dari Allah untuk bangkitkan kita pada malam-malam seterusnya... Itulah caranya mengucap terima kasih kerana terjaga saat sedang tidur, bukan mengomel penuh kekesalan... Tetapi alangkah baiknya solat tahajud dapat ditunaikan....


PILIHAN 1

 Kebanyakan kita akan bangun ke bilik air untuk buang air.. lepas itu balik ke katil semula, menarik selimut semula dan menyambung episod kedua yang tergantung separuh jalan (bergantung pada genre mimpi anda seram, seronok ,dan lain-lain). Bukan itu sahaja, hati turut merungut, Apasal la aku terbangun awal sangat;Terzahir sebuah kekesalan.... Kesal bangun awal? Nauzubillah....


PILIHAN 2
 Oh, baru pukul 3 pagi... Waktu macam ni doa makbul.. Ya Allah, ampunkanlah dosaku dan dosa kedua ibubapaku. Jadikan aku hamba yang mempunyai semangat juang yang tinggi, berjuang untuk kebahagiaan dunia dan akhirat. Kemudian sambung kembali ibadah tidur semula...


PILIHAN 3 
Sebaik menyedari sudah pukul 3 pagi, segera bangun untuk solat tahajud. Hadapkanlah diri kepada Allah saat 'mata-mata lain' terpejam rapat, rukuklah... saat hati kita masih tenang, sujudlah... saat minda masih kosong dari sebarang urusan dunia... dan berdoalah saat doa didengari Allah...Sesungguhnya Allah s.w.t. berada di langit dunia di sepertiga malam yang terakhir...(Hadith Nabi s.a.w.)...untuk mendengar doa dari hambaNya....


YANG MANA SATU PILIHAN KITA?


..Pilihan 1 atau Pilihan 2, atau Pilihan 3?.... . Firman Allah s.w.t. : ''Hai orang yang berselimut...''Bangunlah utk solat di malam hari, kecuali sedikit daripadanya....iaitu seperduanya, atau kurangilah dari seperdua itu sedikit... atau lebih dari seperdua itu..''Dan bacalah Al Quran dengan perlahan-lahan...''Sesungguhnya Kami akan menurunkan kepadamu perkataan yang berat... ''Sesungguhnya bangun di waktu malam adalah lebih tepat utk khusyuk, dan bacaan di waktu itu lebih berkesan.. (Al Muzammil ayat 1 - 6)

PAHALA YANG DAPAT DINIKMATI SELEPAS MATI.....


                                      

Dari Anas r.a. berkata bahawa ada tujuh macam pahala yang dapat diterima seseorang itu selepas matinya :... 

1) Sesiapa yang mendirikan masjid maka ia tetap mendapat pahalanya selagi masjid itu digunakan oleh orang untuk beramal ibadat di dalamnya...
2) Sesiapa yang mengalirkan air sungai selagi ada orang yang minum daripadanya..
3) Sesiapa yang menulis mushaf dan ia akan mendapat pahala selagi ada orang yang membacanya...
4) Orang yang menggali perigi selagi ada orang yang menggunakannya...
5) Sesiapa yang menanam tanam-tanaman selagi ada yang memakannya baik dari manusia atau burung..
6) Ilmu yang berguna selama ia diamalkan oleh orang yang mempelajarinya...
7) Orang yang meninggalkan anak yang soleh yang mana ianya selalu mendoakan kedua orang tuanya dan beristighfar baginya yakni anak yang selalu diajari ilmu Al-Qur'an maka orang yang mengajarnya akan mendapat pahala selagi anak itu mengamalkan ajaran-ajarannya tanpa mengurangi pahala anak itu sendiri...
Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah S.A.W. telah bersabda : "Apabila telah mati anak Adam itu, maka terhentilah amalnya melainkan tiga macam :...


a) Sedekah yang berjalan terus (Sedekah Amal Jariah)..
b) Ilmu yang berguna dan diamalkan...
c) Anak yang soleh yang mendoakan baik baginya...


Selasa, 6 Disember 2011

PERSOALAN HUDUD ~Al-Ghamidiyah bertaubat




PADA suatu hari, selepas menunaikan sembahyang, Rasulullah didatangi seorang wanita yang bernama Ghamidiyah. Rasulullah pun bertanya tujuan wanita itu datang menemuinya.

"Apakah tujuan kamu menemuiku?" soal Rasulullah.

"Wahai Rasulullah, aku telah berzina. Oleh itu rejamlah aku," jawab Ghamidiyah.

Mendengarkan jawapan itu, Rasulullah memalingkan mukanya dari pandangan Ghamidiyah.

Ghamidiyah pun mendepani Rasulullah dan berkata: "Aku telah melakukan zina, wahai Rasulullah. Hukumlah aku mengikut hukum yang telah ditetapkan oleh Allah kepada penzina sepertiku ini," kata Ghamidiyah.

Selepas Rasulullah berpaling sebanyak tiga kali, akhirnya baginda pun bertanya, "Sudah sampai ke tahap mana engkau berzina?"

"Sudah berzina, ya Rasulullah," jawab Ghamidiyah.

"Adakah kamu bercium dan berpelukan?" soal Rasulullah.

"Sudah berzina, ya Rasulullah. Hubungan kami sudah seperti hubungan suami isteri, dan sekarang aku sedang mengandung anak hasil daripada perbuatan zinaku. Hukumlah aku, wahai Rasulullah. Hukumlah aku mengikut hukum Allah, agar aku terlepas daripada hukuman Allah di akhirat kelak. Aku pohon agar dikenakan hukuman rejam ke atasku," kata Ghamidiyah lagi.

"Kau pulanglah dulu. Tunggu sehingga anak di dalam kandunganmu itu dilahirkan. Apabila engkau telah bersalin, barulah engkau datang menemuiku," nasihat Rasulullah.

Apabila telah cukup sembilan bulan 10 hari, maka lahirlah anak yang dikandung oleh Ghamidiyah. Sebaik sahaja sihat dan mampu berdiri, Ghamidiyah pun pergi menemui Rasulullah. Dia mengendong bayinya di dalam sehelai kain dan dibawa bersama.

"Wahai Rasulullah, aku sudah melahirkan anak ini. Sekarang, aku sudah bersedia untuk dihukum. Jalankan hukumanmu ke atas ku," kata Ghamidiyah.

Rasulullah memandang ke arah Ghamidiyah dan bayi di dalam dukungannya silih berganti. Kemudian baginda menjawab, "Kau pulanglah dahulu. Apabila bayi ini sudah mampu makan dengan menggunakan tangannya sendiri, barulah engkau datang menemuiku semula".

Ghamidiyah pun akur. Dia pulang kembali ke rumah. Bayi yang dilahirkan itu dipelihara dengan penuh kasih sayang sehingga bayi itu besar. Akhirnya dia sudah mampu makan dengan tangannya sendiri. Ghamidiyah pun pergi menemui Rasulullah buat kali yang ketiga, membawa bersama anaknya. Di tangan anak itu terdapat sekeping roti yang sesekali digigit dan dimamahnya.

"Wahai Rasulullah, lihatlah! Anakku ini sudah boleh makan dengan tangannya sendiri. Sekarang aku pohon kepadamu, hukumlah aku agar aku kembali suci untuk mengadap Allah yang maha Esa nanti," kata Ghamidiyah.

"Kau carikan sebuah keluarga yang rela menjaga anakmu ini apabila engkau sudah tiada kelak," kata Rasulullah.

Ghamidiyah pun mencarikan keluarga angkat untuk anaknya itu. Apabila telah ada orang yang sudi memeliharanya, maka Ghamidiyah pun menyerahkan anaknya itu. Kemudian dia kembali menghadap Rasulullah.

"Aku sudah selesaikan hal yang engkau perintahkan kepadaku. Sekarang, bolehlah aku dihukum," kata Ghamidiyah.

"Baiklah," kata Rasulullah.

Ghamidiyah pun dibawa ke tempat hukuman. Dia diikat di sebatang kayu. Orang ramai dikumpulkan di sekelilingnya. Akhirnya Rasulullah pun mengarahkan agar Ghamidiyah direjam.

Semua orang mencapai anak batu lalu dilontarkan ke arah wanita itu. Seorang sahabat Rasulullah mengambil sebiji batu yang besar lalu melontar ke arah Ghamidiyah sambil mencelanya.

"Janganlah engkau menghina dan mencerca Ghamidiyah. Sesungguhnya taubatnya itu diterima Allah. Sekiranya hendak dibandingkan taubatnya dengan taubat yang lain, taubat ini adalah lebih besar dari Gunung Uhud," kata Rasulullah.

Maka Ghamidiyah pun meninggal dunia akibat direjam.

15 JALAN MATI???



Pernahkah kita meminta supaya kita dimatikan dengan penutup yang baik ‘husnul khatimah’? Sebenarnya bukan kena minta sahaja tetapi kena buru dan kena cari...

Antara tanda mati husnul khatimah ialah:

1. Mengucapkan kalimah syahadah ketika wafat. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesiapa yang pada akhir kalimahnya mengucapkan La ilaaha illallah maka ia dimasukkan ke dalam syurga.” (Hadis R...iwayat Hakim)

2. Ketika wafat dahinya berkeringat. Ini berdasarkan hadis dari Buraidah Ibnul Khasib. Adalah Buraidah dahulu ketika di Khurasan, melihat saudaranya yang tengah sakit, namun didapatinya ia sudah wafat dan terlihat pada jidatnya (dahi) berkeringat, kemudian dia berkata: “Allahu Akbar, sungguh aku telah mendengar Rasulullah bersabda: Matinya seorang mukmin adalah dengan berkeringat dahinya.” (Hadis Riwayat Ahmad, an-Nasai, at-Tirmidzi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, Al-Hakim dan ath-Thayalusi dari Abdullah bin Mas’ud)
3. Wafat pada malam Jumaat. Hal ini berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w bermaksud:

“Tidaklah seorang Muslim yang wafat pada hari Jumaat atau pada malam Jumaat kecuali pastilah Allah menghindarkannya dari seksa kubur.” (Hadis Riwayat Ahmad)

4. Mati syahid di dalam medan perang.

5. Mati dalam peperangan fisabilillah.



Rasulullah bersabda, maksudnya: “Apa yang kalian kategorikan sebagai orang yang mati syahid di antara kalian?
Mereka menjawab: “Wahai Rasulullah yang kami anggap sebagai orang yang mati syahid adalah siapa saja yang mati terbunuh di jalan Allah.

Baginda bersabda: “Kalau begitu umatku yang mati syahid sangatlah sedikit.”

Kalangan sahabat kembali bertanya: “Kalau begitu siapa sajakah dari mereka yang mati syahid wahai Rasulullah?”

Baginda menjawab: “Sesiapa yang terbunuh di jalan Allah, yang mati sedang berjuang di jalan Allah dan yang mati kerana penyakit kolera, yang mati kerana penyakit perut (iaitu disebabkan penyakit yang menyerang perut seperti busung lapar atau sejenisnya), dialah syahid dan orang-orang yang mati tenggelam, dialah syahid.”(Hadis riwayat Muslim, Ahmad dan al-Baihaqi)

6. Mati disebabkan penyakit kolera. Mengenai ini banyak hadis Rasulullah s.a.w meriwayatkan antaranya sebagai berikut:
Rasulullah bersabda, maksudnya: “Penyakit kolera adalah penyebab mati syahid bagi setiap Muslim.” (Hadis riwayat Bukhari, ath-Thayalusi dan Ahmad)

7. Mati kerana tenggelam.

8. Mati kerana tertimpa runtuhan/tanah.

Dalil dari dua perkara di atas adalah berdasarkan sabda Rasulullah bermaksud: “Kalangan syuhada itu ada lima; orang yang mati kerana wabak kolera, kerana sakit perut, tenggelam, tertimpa runtuhan bangunan dan syahid berperang di jalan Allah.” (Hadis riwayat Imam Bukhari, Muslim, at-Tirmidzi dan Ahmad)

9. Perempuan yang meninggal kerana melahirkan anak.

10. Mati terbakar.

11. Mati kerana penyakit busung perut.

Mengenai kedua perkara ini banyak sekali riwayat dan yang paling masyhur adalah dari Jabir bin Atik secara marfu’: “Kalangan syuhada ada tujuh: Mati terbunuh di jalan Allah, kerana penyakit kolera adalah syahid, mati tenggelam adalah syahid, kerana busung lapar adalah syahid, kerana penyakit perut keracunan adalah syahid, kerana terbakar adalah syahid dan yang mati kerana tertimpa runtuhan (bangunan atau tanah gelongsor) adalah syahid serta wanita yang mati ketika hamil adalah syahid.” (Hadis riwayat Imam Malik, Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan Ahmad)

12. Mati kerana penyakit Tubercolosis (TBC).

Ini berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w, maksudnya: “Mati di jalan Allah adalah syahid dan perempuan yang mati ketika melahirkan adalah syahid, mati kerana terbakar adalah syahid, mati kerana tenggelam adalah syahid, mati kerana penyakit TBC adalah syahid dan mati kerana penyakit perut adalah syahid.” (Hadis riwayat Thabrani)

13. Mati kerana mempertahankan harta dari perompak. “Sesiapa yang mati kerana mempertahankan hartanya (dalam riwayat lain; Sesiapa menuntut hartanya yang dirampas lalu ia terbunuh) adalah syahid.” (Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Abu Daud, an-Nasa’i, at-Tirmidzi, Ibnu Majah, dan Ahmad)

14. Mati dalam membela agama dan jiwa. “Sesiapa mati terbunuh dalam membela hartanya, dia mati syahid; siapa saja yang mati dalam membela keluarganya, dia mati syahid; sesiapa mati dalam membela agama (keyakinannya), dia mati syahid dan siapa saja yang mati mempertahankan darah (jiwanya) dia syahid.”

15. Mati dalam berjaga-jaga (waspada) di jalan Allah. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Berjaga-jaga (waspada) di jalan Allah sehari semalam adalah lebih baik daripada berpuasa selama sebulan dengan mendirikan (solat) pada malam harinya. Apabila dia mati, mengalirkan pahala amalannya yang dahulu dilakukannya dan juga rezekinya serta aman dari seksa kubur (fitnah kubur).”

16. Orang yang meninggal ketika mengerjakan amal soleh. Semoga kematian kita dalam husnul khatiimah.