Jumaat, 28 April 2017

Kukira itulah Sebuah Taubat'' namun AKU SALAH ... seandai kau cari kejelekkanku atau keburukkanku , pasti akan kau temui pada setiap inci jasadku..




 AKU YANG BERSALAH <<sila klick
aku mohon kemaafan sekiranya ianya menyentuhi perasaan anda serta menggangu emosi kalian.. hakikatnya inilah sebuah kehidupan yang aku lalui.. Sebagai manusia aku tidak lepas lari dari dosa.. seandai kau cari kejelekkanku atau keburukkanku , pasti akan kau temui pada setiap inci jasadku.. Maka ampun dan maafkanlah aku wahai sekalian insan yang menatap paparan ini..bukan tujuan untukku ujub..riak atau takkabur


Dulu aku takutkan akan kesakitan.. kematian dan kehilangan... YA.. Atas sebab diatas dosa lampau dan silamku menjadikan aku seorang takut untuk ''sakit dan mati''.. tak lain kerana aku masih ''hubbud dunia'' ...
Semakin hari aku meniti kehidupan dengan '' merapatkan diri pada ilahi diwaktu malam dan pagi''.. aku dapati bertambah sukarnya jalan untuk merapatiNYA.

Lazim kedengaran dan biasa juga aku lafazkan 
"Innalillahi wainna ilaihi roji'un."
Tidak cukup hanya sekadar kita meluah dan berkata
"Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali." tanpa berserah, berikhtiar dan berusaha.
Maka dengan itu aku terus berkayuh...dan berkayuh..
Namun aku terus kayuh untuk mengejar dan ingin rapat pada Ilahi... namun aku diuji dengan ujian lagi.. Aku diuji dengan ''kehilangan kasih'' yang tiada bernoktah.. yang aku masih mengharapkan sinar. 
Dalam kesesakan nafas.. dalam kesempitan dada serta sakitnya jantungku..., Aku terus kayuh kemudi hidupku.. dan agar terus rapat denagn Ilahi.. namun aku diuji lagi.. '' mengamanahkan syariat kepada zuriatku... Aku terus jua mengemudi dengan kayuhan demi kayuhan.. 
YA ALLAH... aku diuji lagi... rezeki kian menyempit.. Aku kelemasan ujian demi ujian aku ditimpakan... namun aku kuatkan kayuhan kemudi kearah Ilahi.. walau semakin longlai..semakin sakit..semakin sesak semakin dihimpit dadaku.. aku gagahkan jua demi menyambut UJIAN DARI ILAHI..
Dalam kepayahan nafas.. dalam kepayahan kudrat yang longlai dalam kesedihan serta kedukaan dan disertai kesakitan.. 
aku di uji lagi... Ya aku duji lagi.. Ya ALLAH AKU DIUJI lagi..
Aku diFITNAH dari berpelusuk penjuru.. Aku elak serta menyepikan diri.. namun dari dekat juga aku difitnah lagi.. 
YA ALLAHHHHH... 

Aku buntu.. hatiku hampir kecewa dan putus asa.. hatiku mula membisik lara.. AKU TERSEDAR DARI SANUBARI DAN QALBU YANG MULA MAHU MEROSAKKAN HATI.. 
Maka aku cari dan mula bicara hati.. akhirnya aku temui..
bukan emas atau berlian yang aku temui.. tetapi adalah ''ERTI  TAUBAT'' .. Bermulalah aku dengan 2/3 malamku berjaga..Padahal sebelum ini tidak pernahku lakukan seperti lumrah yang aku lakukan tahjud, hajat witir dan lainnya.. taubat itu pula hanyalah satu sebutan diakhir doaku dulu..
Ntah mengapa pada tika mahu niatkan solat, airmataku tiba tiba bergerombolan mahu keluar.. aku pertahankan... Namun tatakala masuknya ''kalimah YANG MENGUASAI HARI PEMBALASAN.. mulalah gugur airmataku diringi tangisan... tidak dapat lagi aku tahan airmata yang sendirinya bercucuran semakin deras dan tangisan semakin kuat.. seakan aku bukanlah aku yang mampu mengawal diri.. Aku amat terasa aku adalah seorang yang keji..hina dina.. zalim.. celaka.. kufur.. munafiq.. zindiq.. syirik.. dan semuanya aku rasa... itulah PENZAHIRANKU YANG AKU TEMUI.. sungguh buruknya aku dipenzahiranku..
Maka tika ruku' dan sujudku.. dalam sedu tangisan aku tetapkan kalimah ruku' dan sujudku''.. namun tatkala ingin ku angkat kepala dari sujudku.. aku rasakan tidak mampuku angakt kepalaku.. Aku rasakan sangat berat untuk meninggalkan sujud tadi.. rakaat belalu dalam keadaan yang sama.. kali ini, dalam sujud akhirku.. aku bermonolog dengan Ilahi.. tetapi tak mampu ku bermononlog kerana airmata serta tangisan lebih kuat dan deras.. Aku terus gagahkan untu terus mohon TAUBAT NASUHA.. satu persatu ku sebut mengikut apa yang aku ''kenal penzahiranku''(Aku amat terasa aku adalah seorang yang keji..hina dina.. zalim.. celaka.. kufur.. munafiq.. zindiq.. syirik.. dan semuanya aku rasa... itulah PENZAHIRANKU YANG AKU TEMUI..)

Setelah selesai salamku.. aku mula istigfar sejenak dan mula berdoa.. Kali ini aku meraung.. aku merintih.. aku sedu sedan dan airmataku semakin deras dan mula menitik jatuh .. Dalam doa aku sebutkan satu persatu salah dan dosaku.. SETIAP DOSA KESALAHAN aku sebut,.. semakin kuatku meratap dan merintih pada ILAHI atas kesesalanku..
Hari berlalu.. malam berganti malam.. Rupanya ada ruang disiang hari untukku bertaubat lagi.. Mulalah episod siang dan malam ku bertaubat... malah aku temui lagi disaat pembaringanku.. sebelum ini hanya doa taubatku baca, kini diiringkan doa serta mohon keampunan dan taubat nasuha atas yang berlalu salah siangnya tadi..
Kukira itulah Sebuah Taubat'' namun AKU SALAH.. sekiranya siang.. sekiranya telinga, sekiranya dari mata.... sekiranya walau kata angin yang aku bersalah akanku telan jua.. akan kuPERSEMBAHKAN TAUBAT yang kualami dari kata waktu.. tubuh.. mulut.. mata.. dan walau kata angin..
akanku bertaubat... 

Kini aku rasakan satu kenikmatan pada ''kesakitan'' ..  
Dulu aku keluh resah dan takut bila saat kesakitan .. kini aku gembira dan senyum dalam kesakitan.. 
Dulu aku takutkan akan kematian.. kini aku amat rindu pada PenciptaKU.. 
Dulu aku takut hilang apa yang aku miliki ... kini aku tahu ianya bukanlah miliku.. ianya sebuah pinjaman sementara...yang berhak diatas hukum
Dulu aku mengejar kecintaan dunia.. kini ku sedar dunia itu sekadar membaluti bekalanku di''SANA''.. yang pasti akan membelengguku dengan heretan rangkaian rantai API JAHANAMM diatas irama keasyikan dunia
Pada semua saudara dan sahabat.. aku mohon kemaafan sekiranya ianya menyentuhi perasaan anda serta menggangu emosi kalian.. hakikatnya inilah sebuah kehidupan yang aku lalui.. Sebagai manusia aku tidak lepas lari dari dosa.. seandai kau cari kejelekkanku atau keburukkanku , pasti akan kau temui pada setiap inci jasadku.. Maka ampun dan maafkanlah aku wahai sekalian insan yang menatap paparan ini..bukan tujuan untukku ujub..riak atau takkabur.. tetapi aku masih masih terus bertaubat dan bertaubat hingga akhir degupan jantungku..Apakah aku boleh yakin akan setiap taubat itu diangkat dengan cuma anggapanmu atau kalian sebagai helahan hidup..?? malunya aku pada Rasulullah yang bertaubat sekurang 70 kali sehari.. Aku..?? aku..?? Aku..?? Ya Allah... beertapa jauhnya dan kufurnya aku... akan ku teruskan taubatku.. 
Biarku aib dihadapan manusia .. aku tidak mahu aib dihadapan Allah AzzawaJallah... Alangkan Rasulullah itu dihadapan ramai diminta untuk sesiapa yang ada disakitinya samaada sengaja atau tidak.. lahir atau batin.. Rasulullah sanggup untuk dikisas dikhalayak ramai.. jadi aku bagaimana..??? bertapa jauhnya aku dari landasan hidup dalam bersunnahkan rasulullah..

sebuah cinta

Bukti Dari ALLAH SWT dan rasul.
"Kifarah adalah balasan Allah di dunia akibat dosa yang dilakukan oleh seorang hambanya, juga ujian-ujian Allah itu boleh berlaku, yang mungkin melibatkan kematian/kehilangan oleh yang dikasihi, kehilangan harta benda ataupun penyakit, tidak kira sama ada penyakit tersebut berlaku dalam tempoh masa yang lama ataupun sekejap bergantung kepada ketentuan (qada') Ilahi atau buat selama-lamanya sehingga mati. Selagi ketentuan (qada') bagi SAKIT itu belum menepati qada' Allah, maka sakit (kifarah) tadi tidak akan sembuh biarpun pelbagai usaha dilakukan oleh manusia. Jelas di sini membuktikan bahawa ada di antara penyakit itu akan sembuh dengan sendiri biarpun tanpa usaha manusia untuk mendapatkan kesembuhan ataupun tidak akan sembuh biarpun banyak usaha untuk menyembuhkannya telah dilakukan"
Allah berfirman di dalam surah At-Tagaabun, ayat 11 yang bermaksud:
"Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah; dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar); dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu".
Subhanallah, betapa Allah itu Mulia dan Baik Hati terhadap kita. Jadi, jangan pandang sakit itu sebagai penderaan dan jangan pula mudah berburuk sangka kepada Allah. Bahkan sebaiknya kesakitan kedukaan atau musibah itu dipandang sebagai nikmat untuk Allah membersihkan diri kita daripada segala dosa dan noda. Bersyukurlah dan ucaplah Alhamdulillah ke atasNya.

Sesungguhnya, apabila Allah s.w.t. itu mengasihi seseorang hamba Ia akan mengujinya. Dan apabila Ia mengujinya, sama ada dengan menurunkan penyakit dan sebagainya, Allah akan memberikan kesabaran. Dalam menghadapi cubaan seperti ini, kesabaran adalah paling utama. Sesungguhnya orang yang bersabar akan diberikan pahala mereka tanpa hisab 
(az-Zumar: 10)

"ya Tuhan kami, sesungguhnya Engkau mengetahui apa yang kami sembunyikan dan apa yang kami tampakkan; dan tidak ada sesuatu pun yang tersembunyi bagi Allah, baik yang ada di bumi mahupun yang ada di langit" 

(Surah Ibrahim 14: 38)

Rasulullah sallallahu alaihi wa sallam bersabda : “Sesungguhnya besarnya pahala itu tergantung besarnya ujian. Dan sesungguhnya jika Allah menyukai suatu kaum, maka Dia akan menguji mereka. Barangsiapa yang redha maka baginya keredhaan, dan barangsiapa yang murka maka baginya kemurkaan”.
 (HR. Tirmidzi)

Rasulullah s.a.w. juga pernah bersabda yang bermaksud:

Rintihan orang sakit tercatat sebagai tasbih, kegelisahan dan jeritannya sebagai tahlil, nafasnya seumpama sedekah, tidurnya sebagai ibadah dan kegelisahannya,daripada satu,bahagian ke satu bahagian lain adalah bagaikan jihad kerana Allah s.w.t. dan ditulis baginya sebaik-baik amalan yang pernah dilakukan semasa sihat.

Firman Allah;
Orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali."
Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmatNya; dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk hidayahNya."

(Surah Al-Baqarah 2: 155-157)


SUMPAHKU...

Apa pun aku sebagai manusia yang lemah.. masih tetap aku harapkan semoga ada sinar hidup yang indah walau seketika, sebelumnya aku terpejam mata.. doa dari pembaca dan penatap paparan ini adalah satu sedekah dan hadiah buatku.. Aminn..Aminn
~Aminn Ya Sami'un..
~Jaksa Kotaraja

Tiada ulasan:

Catat Ulasan