Khamis, 20 April 2017

AKU YANG BERDOSA...


..kulakukan tanpa malu.. Dosa yang terdorong kuatnya ajakan nafsu nafsi yang menyesatkan..Yang menghentak dan kunikmati semua itu bagaikan syurga...Dan kini aku rasai...  ALLAH sedang meng'azabku di dunia.. Ya Allah peritnya... sakitnya... sesaknya.. sempitnya jantungku.. longlainya terkadang tubuhku secara drastik.. bergoncangnya tubuh dan hilang imbangan tubuh.. yang selama ini kupendam dan rahsiakan buat familiku.. ya 6 tahun berlalu aku lalui dalam rahsia..

Ya Allah…..
betapa buruknya diri ini mensyukuri nikmatMu. Aku
sering merasa tidak puas atas kurnianMu. Padahal nikmatMu tidak boleh kuhitung. Ya Allah betapa aku telah menganiaya diriku sendiri. Betapa aku telah menyuburkan penyakit di dalam dada ini. Selama ini tak kusedari bahawa aku telah menyemai benih penyakit di dalam qalbuku. Kini kudapati qalbuku penuh dengan noda dan dosa. Tanpa ku sedar setiap detik atau hari aku menyemai noda-noda hitam. Kini kulihat hatiku telah menghitam

Hanya ada sedikit titik putih disana.Ya Allah, adakah dari titik putih itu aku boleh menghapus titik hitam? Adakah masih ada kesempatan buatku untuk membersihkan titik hitam yang membanjiri qalbuku? Adakah Engkau masih memberi waktu buat aku untuk memperbanyak titik-titik putih yang terang dalam kalbuku?
Aku nyata terumbang-ambing dalam kegelapan, penyesalan, kegelisahan dan berbagai rasa yang membuat hati
ini tidak tenteram. Aku menangis di malam yang kelam. Menangis.. merintih.. merayu.. dikala doaku dalam mengingat dosa dan noda itu. Menangis kerana aku telah menodai kalbuku sendiri. Menangisku kerana qalbuku telah penuh noda dan dosa.
Menangis kerana selama ini aku jauh dariMu, Ya Rabbi. Menangis kerana takut tidak ada lagi ruang bagiku untuk menambah titik terang di hatiku.
Takut dan khuatir titik terang/putih yang hanya kecil itu hilang samasekali.

Ya Allah, di malam yang penuh berkah ini aku memohon dengan
penuh penyesalan ampunan dariMu.
 

Ya Allah... deraian airmataku aku bermohon... Berilah kepadaku kekuatan untuk mampu hadapi petunjukMu, kerana aku hanyalah seorang insan yang lemah.
Berilah kepadaku kekuatan untukku menempuh jalanMu. Hamba sedar, betapa berat ujian yang Engkau tebar untuk menguji hambaMu. Hamba sedar, hamba tak punya daya, maka tolonglah hamba dalam menempuh ujian yang Engkau berikan. Berikan kesabaran dalam menghadapi ujian yang amat
dahsyat ini. Ya Allah aku tiada tahu ajalku datang menjemputku..maka itu Kau ampunilah daku sebelum ajal memisahkan tubuh jasadku..

“Dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui (dengan pasti) apa yang akan diusahakannya besok. Dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui di bumi mana dia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.” (Luqman : 34)

Demi ALLAH yang jiwaku berada dalam genggamanNya..
Niatku untuk berubah, demi membersihkan Iman yang telah ternoda..

cukup sudah dan sungguh ingin segera kuakhiri semua ini.!!
Semua kebiasaan buruk yang menodai hati ini..
Demi merapatkan Iman yang telah melayang, dan demi mencerahkan Iman yang telah terlungkup dalam dosa..

Tak pernah kutunjukkan noda-noda ini pada siapapun..

tapi kali ini.. agar menjadi teladan dan sempadan hidup kalian..
Noda-noda dosa yang terkadang kulakukan tanpa malu...
Dosa yang terdorong kuatnya ajakan nafsu nafsi yang menyesatkan..
Yang menghentak dan kunikmati semua itu bagaikan syurga...
Dan kini aku rasai...  ALLAH sedang meng'azabku di dunia..

Ya Allah peritnya... sakitnya... sesaknya.. sempitnya jantungku.. longlainya terkadang tubuhku secara drastik.. bergoncangnya tubuh dan hilang imbangan tubuh.. yang selama ini kupendam dan rahsiakan buat familiku.. ya 6 tahun berlalu aku lalui dalam rahsia.. yang cuma kalian sangka itu hanyalah bab kesihatan..
maafkan wahai familiku... Ya.. aku redha Ya Allah..  
Pada semua yang membaca samada kenal atau tidak.. aku memohon kemaafan dan keampunan dalam bicaraku yang mungkin membuat kalian tidak selesa.. 
Saat ini aku amat mengharap agar Allah yang maha Esa menerima keaampunanku serta taubatku.. dan moga-moga ada kemergelipan nur yang amat kunantikan..
~aminn Ya Allah..
~jaksa kotaraja..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan