Khamis, 23 Mac 2017

Menyemai benih ditangan ...


..satu sindiran pada manusia yang mengejar keduniaan dan mengenepikan saat akhirat.Padahal yang menghidupkan kehidupan adalah kehendak Allah Swt. Padahal semua perlakuaan kita didunia akan dihitung dimahsyar kelak. Maka itu perbanyakkanlah amalan baik serta perbanyakkan ..

Tetapku semai benih kerana itu ibadahkuku  didunia dan jika ajal atau kiamat pula urusan Allah Swt... Janganlah kerana mengejar akhirat kita lupa pula akan tanggungjawab didunia walau kita sebagai penanggung amanahNYA. Bukan hari ini kita semai, esok terus berhasil. Ianya memakan masa  dan tempoh pembesaran dan perjagaan serta pembajaan. Alangkan benih yang kita semai itupun kuasa Iradat Allah Swt untuk menumbuhkannya.Ini jelas menunjukkan kita perlu berusaha tetapi yang menentukan segalannya adalah Allah Swt. 

“ Sekiranya berlaku kiamat sedangkan di tangan salah seorang kamu ada benih tamar dan dia berupaya menanamnya sebelum kiamat. Maka hendaklah dia menanamnya, dengan itu dia mendapat pahala.” (HR: Al-Bukhari)
Itulah perumpamaan kehidupan dunia dan akhirat yang mempunyai susur galur untuk timbangan segala amalan kita didunia untuk dibawa keakhirat.
Ini juga satu sindiran pada manusia yang mengejar keduniaan dan mengenepikan saat akhirat.Padahal yang menghidupkan kehidupan adalah kehendak Allah Swt. Padahal semua perlakuaan kita didunia akan dihitung dimahsyar kelak. Maka itu perbanyakkanlah amalan baik serta perbanyakkan ibadah didunia ini.
Islam menyatukan dunia dan akhirat di atas satu sistem. Allah berfirman: 
“Dan carilah (pahala) negeri akhirat dengan apa yang telah Dianugerahkan Allah kepadamu, tetapi janganlah kamu lupakan bahagianmu di dunia dan berbuat baiklah pada yg lain, sebagaimana Allah berbuat baik pada kamu, dan janganlah membuat kerosakan di bumi. Sungguh, Allah tidak menyukai orang yang membuat kerosakan.”
(Surah Al- Qosas 77)

Dalam dunia akhir zaman ini betapa manusia itu mengejarkan harta kemewahan dengan sanggup mengenepikan larangan Allah Swt. dengan alasan alasan yang menghalalkan cara baginya. Memang kita boleh beri pelbagai alasan,namun mampukah kita jawab diakhirat esok dengan bersaksikan tubuh anggota badan sendiri yang mana mulut akan terkunci..??? Manusia itu mencari jalan mudah untuk mengecapi kemewahan walaupun melanggar hukum hakam agama dengan pelbagai alasan bagi menhalalkan cara, namun Allah Swt itu Maha mengetahui dan telah memberikan ingatan serta petunjuk didalam kitab Al Quran.
Firman Allah Swt;
"Maka sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta tetapi mata hati yang ada dalam dada itulah yang buta"
(Surah Al-Hajj 46)

"Dari Ibnu Abbas Radiallahu Anha katanya: "Aku mendengar Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda:
Seandainya manusia memiliki lembah berisi harta, tentu ia masih menginginkan harta yang banyak seperti itu pula, mata manusia barulah penuh jika diisi dengan tanah ( mati berkalang tanah ). Allah tentu akan menerima taubat bagi siapa saja yang ingin bertaubat". (Riwayat Al Imam Al-Bukhari)
Jelas menunjukkan bahawa celaan bagi orang yang terlalu tamak dengan dunia dan tujuannya hanya ingin memperbanyak harta. Oleh kerana itu, para ulama ada mengatakan bahawa kita hendaklah bersifat qanaah dan selalu merasa cukup dengan harta yang kita perolehi.
Firman Allah Swt ;
"Kamu telah dilalaikan daripada mengerjakan amal bakti oleh perbuatan berlumba-lumba untuk mendapat dengan sebanyak-banyaknya harta benda, anak pinak, pangkat dan pengaruh, sehingga kamu masuk kubur. Jangan sekali-kali bersikap demikian! Kamu akan mengetahui kelak akibatnya yang buruk semasa hendak mati. Sekali lagi diingatkan jangan sekali-kali kamu bersikap demikian! Kamu akan mengetahui kelak akibatnya yang buruk pada hari kiamat".
(Surah At-Takasur ayat 1-4)
Moga-moga kita semua terpelihara dari mengejar kemewahan dunia...dan semoga kita menjadi orang yang berfikir dan menyampai-yampai dalam perkara yang membawa kebaikan..... Aminnn
~Wallahu'alam
~Jaksa Kotaraja




Tiada ulasan:

Catat Ulasan