Jumaat, 30 September 2011

SISTEM HUDUD



Dalam menetapkan sesuatu peraturan, khususnya mengenai agama di negara ini, ia perlu dilihat dari sudut perundangan terlebih dahulu kerana setiap perkara ada peraturan-peraturannya. Pertama sekali ia perlu dilihat dari sudut Perlembagaan Malaysia. Keadilan bukan sahaja terletak pada undang-undang tetapi keadilan yang dimaksudkan ada hubung kaitnya dengan pelaksanaan undang-undang itu sendiri.

Keadilan juga boleh dipertikaikan jika prosedurnya tidak adil, keterangan yang diberikan bercanggah dan penyiasatan tidak lengkap. Undang-undang tetap dianggap tidak adil jika cara melaksanakannya tidak dijalankan seadil-adilnya. Umpamanya dalam menjatuhkan hukuman rejam. Sebelum hukuman dijatuhkan, ia perlu diadili dengan sebaik-baiknya.

Kita menyokong niat baik mereka untuk melaksanakan hukum hudud tetapi ia perlu mengambil kira hal-hal lain yang menuju ke arah keislaman, tidak hanya menggunakan undang-undang yang dikatakan Islam sahaja.
Untuk mencapai keadilan yang diharapkan bukanlah mudah kerana ia perlu kepada pelaksanaan yang betul. Prosedur, keterangan-keterangan serta penyiasatan semuanya mesti betul.

Ia bukanlah sesuatu yang boleh dilihat dengan mudah. Contohnya hukum hudud seperti yang pernah dikemukakan oleh kerajaan  Kelantan yang dikatakan tidak dapat memberi keadilan. Kanun Jenayah Syariah II 1993 Kelantan dikatakan tidak mencerminkan hukum syarak yang sebenar. Dilema yang ada ialah dari segi perundangannya.

Selain, Kanun Jenayah Syariah II 1993, Kelantan juga mempunyai Kanun Jenayah Syariah 1985 yang memperuntukkan beberapa kesalahan sama dalam undang-undang yang lama dan baru. Keadaan ini menimbulkan kekeliruan kerana kerajaan Kelantan membenarkan kedua-dua bentuk hukuman jenayah syariah ini kerana kedua-duanya kekal sebagai undang-undang.

Contohnya, adakah orang yang disabitkan dengan kesalahan dalam undang-undang pertama juga boleh dihukum berdasarkan undang-undang kedua? Selain itu, jika terdapat undang-undang baru, adakah undang-undang yang lama akan terbatal? Dari segi perundangan juga, undang-undang bagi jenis-jenis kesalahan dan bentuk hududnya sudah terkandung dalam Kanun Keseksaan.Contohnya, melakukan pembunuhan atau kesalahan dalam melakukan kecederaan. Ia menimbulkan masalah kerana hanya satu kesalahan, tetapi terdapat dua atau tiga undang-undang bagi kesalahan sama.


Keadaan ini menimbulkan kesulitan kerana mengikut undang-undang negara, mencuri merupakan satu kesalahan. Kerajaan Kelantan turut membuat undang-undang sama bagi kesalahan mencuri. Kebiasaannya, hanya satu pemakaian undang-undang bagi sesebuah negara. Persoalannya, adakah seseorang yang didakwa berdasarkan hukum hudud boleh terlepas daripada Kanun Keseksaan? Persoalan inilah yang perlu dijelaskan.

Keindahan dan keistimewaan undang-undang Islam akan dapat dinikmati apabila tertib keutamaan maslahah seperti memelihara keperluan asasi, memelihara kepentingan manusia dalam keperluan sampingan dan memelihara keselesaan dan keharmonian hidup, dijadikan ukuran untuk menggubal undang-undang yang bertepatan dengan roh syariah yang menegakkan keadilan.

Dari segi ruang lingkupnya pula, maslahah terbahagi kepada tiga bahagian iaitu kepentingan awam (maslahah ‘ammah), kepentingan orang kebanyakan (maslahah ‘aghlabiyyah) dan kepentingan orang perseorangan (maslahah khassah). Keutamaan maslahah ini harus dipelihara mengikut yang sewajarnya dalam pembinaan hukum dari semasa ke semasa. Tegasnya undang-undang yang didasarkan kepada kepentingan atau maslahah yang kebelakangan, tetapi bercanggah dengan kepentingan dan maslahah yang lebih utama bukanlah undang-undang Islamik kerana tidak dapat mencapai matlamat dikehendaki oleh syariat Islam.

Dalam menginterpretasikan hukum hudud, kita sebenarnya harus memisahkan antara Hukum Hudud yang digariskan oleh al-Qur‘an dan Hadis, dengan hukum hudud yang digubal oleh yang mempunyai kepentingan politik semata-mata.

Setiap orang Islam tidak menentang Hukum Hudud yang sebenar, tetapi yang ditentang sekarang ialah hukum ''hudud ciptaan mereka'' yang gila kuasa untuk memerintah.

PENULIS ialah Yang Dipertua Yayasan
Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim)

Ahad, 18 September 2011

RUMAH TERBUKA YADIM 2011, SEMPENA MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI






SETINGGI PENGHARGAAN BUAT YDP YADIM ,DATOK ABDUL AZIZ JAMALLUDIN BIN MOHD TAHIR DIATAS KERJASAMA SERTA KEPERIHATINAN BELIAU DAALM MEMARTABATKAN ISLAM DALAM KEADAAN SUASANA HARMONI TANPA MENGIRA KAUM ATAU PARTI...........

TERIMA KASIH JUGA BUAT SEMUA KAKITANGAN YANG TERLIBAT BAGI MENJAYAKAN RANCANGAN INI SAMA ADA SECARA LANGSUNG ATAU TIDAK LANGSUNG .....TERIMA KASIH SEMUA !!!!